Pages

Saturday, February 25, 2012

MEMBINA BLOG PERNIAGAAN PERTAMA

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana saya membina blog perniagaan pertama. Idea untuk membina blog perniagaan tercetus semenjak perniagaan kereta sewa saya semakin berkembang. Ketika itu saya menerima banyak panggilan telefon daripada pelanggan. Boleh dikatakan setiap minit ada sahaja pelanggan yang menghubungi dan bertanya tentang perkhidmatan yang saya tawarkan. Walaupun ini menunjukkan perniagaan saya semakin maju, namun ia mendatangkan masalah kepada saya kerana terpaksa menjawab terlalu banyak panggilan telefon. Jadi, bagi mengatasi masalah ini saya mula memikirkan untuk membina sebuah blog atau laman web. Setiap kali pelanggan telefon, saya akan minta dia refer maklumat dekat blog saya. Jadi kerja saya senanglah sikit. 


Walau bagaimanapun saya tidak mempunyai kemahiran IT yang hebat. Saya langsung tidak tahu bagaimana hendak membuat blog. Nak upah orang, rasa sayang pula nak keluar duit. Lagipun saya tidak sanggup menghabiskan wang beribu ringgit untuk membuat blog yang belum pasti keberkesanannya. Dipendekkan cerita, saya pun belajarlah buat blog sendiri. Saya membeli beberapa buah buku dan mencubanya sendiri. Akhirnya saya berjaya membuat blog perniagaan saya yang pertama (Gambar bawah).




Semenjak itu, panggilan telefon dah berkurang sedikit. Pelanggan boleh semak harga, membuat tempahan, bayaran dan melihat promosi yang saya tawarkan di blog berkenaan. Setiap malam (lepas balik kerja) saya akan membuka email dan memeriksa tempahan yang diterima daripada pelanggan. Jadi kerja saya menjadi semakin mudah. Sebenarnya buat blog ni tak susah. Anda boleh belajar dari youtube saja. Kalau tak percaya tengok video kat bawah.




Tutorial Membuat Blog

BINA BLOG YANG MENJUAL

Walau bagaimanapun, anda memerlukan sedikit kemahiran untuk membina blog yang dapat "menjual". Jadi saya cadangkan anda membaca buku-buku yang pernah saya baca sebagai panduan membina blog perniagaan yang berkesan. Untuk maklumat lanjut boleh klik link setiap buku kat bawah.

  1. Rosli Jamal. Klik Untuk Kaya : 8 Rahsia Jutawan Siber.
  2. Irfan Khairi. Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar.
  3. Azhar Abdul Rahman & Mohd Amirol Zulkifli. Bisnes Internet : Bina - Upload - Urus.
  4. Fuad Latip. 15 Teknik Efektif Internet Marketing.
  5. Ani Nadila Yusof. A-Z Blogging : Tip Untuk Blogger Wanita.
  6. Zamri Mohamad & Izwan Wahab. Internet Marketing Untuk Bisnes Kecil.
  7. Irfan Khairi. Soal Jawab Perniagaan Internet.
  8. Laura Maya. Bagaimanakah Generasi Muda Menjana Pendapatan Melalui Blog, Komited Sepenuhnya Dengan Tugasan Semasa Tanpa Mengganggu Kerja Mereka.
  9. Irfan Khairi. Menjual Perkhidmatan di Internet.

Setelah membaca buku-buku berkenaan, syukur Alhamdulillah saya berjaya menghasilkan blog dan laman web yang menjana wang puluhan ribu ringgit setiap bulan kepada saya. Antara blog dan laman web yang menyumbang pendapatan kepada saya adalah; 


BLOG PERCUMA

Jadi sekiranya anda hendak maju dalam dunia perniagaan, jangan lupa untuk membuat blog. Buat permulaan gunakan perkhidmatan blog percuma daripada Blogger ataupun Wordpress dahulu.


 
BLOG BERBAYAR

Bila perniagaan anda semakin berkembang, anda boleh upgrade blog anda menjadi laman web berbayar. Sekiranya anda ingin mendaftar laman web berbayar, saya mencadangkan anda menggunakan perkhidmatan syarikat webhosting kat bawah (SKSA Technology). Setakat ni saya sangat berpuas hati dengan servis daripada syarikat ni. Seboleh-bolehnya anda register guna hosting linux supaya programmer dapat plugin pelbagai aplikasi laman web perniagaan dengan mudah.


 

MENGUPAH WEBSITE DESIGNER

Kalau anda malas nak pening kepala dan ada duit lebih boleh guna perkhidmatan web designer profesional. Setakat ini semua laman web dan blog saya dibuat oleh seorang programmer. Alhamdulillah setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan dia. Berikut merupakan laman web dia http://c4codes.com/. Harga bergantung kepada berapa canggih blog anda. So far harga yang dikenakan kepada saya, amat berpatutan.


Selamat mencuba dan memblog...

p/s : Mohon share sekiranya info ini bermanfaat.


No comments:

Post a Comment